Khamis, 26 Februari 2009

Bertukar ganti


Salam..hari ni aku dapat lagi sorang housemate baru dan jugak bakal menjadi roommate aku nanti..gembira gak dapat roommate baru..nama kitorang plak sama..nak dijadikan ceritalah katekan..hm tapi sedih gak bila roommate aku yang sekarang ni nak pindah umah..dah 3 tahun aku tinggal ngan dia beb..dalam umah aku sekarang ni asyik bertukar ganti ahlinya..tak berapa lama lagi 3 orang lagi housemate aku akan pindah..erm nampknya ada lagi ahli baru akan masuk..

Actually hubungan aku ngan budak-budak umah agak rapat..jadi agak sedih bila dia orang ni nak pindah..yela, masing-masing nak bawak diri...ada yang nak gi praktikal, ada yang dah dapat keje..erm yang penting aku kena teruskan pengajian aku kat MSU..dan, nanti kalo aku nak gi praktikal, aku pun kena pindah jugak..waduh waduh..sedih tol nak meninggalkan teman-teman..donno how to descibe my feeling..

Rabu, 25 Februari 2009

Layout Baru

Adeyh..aku tension gile ni..susah betul nak tukar layout baru..nak cari
layout baru pun satu hal..dah dekat 3 jam aku cari..tapi belum ada yang
berkenan..aarrrggghhhhh........!!!!!!!!!

pergolakan politik di Malaysia

Dalam tempoh beberapa minggu ni negara kita ni agak kucar-kacir sikit..mana taknya,kecoh dengan perlantikan MB Perak yang baru..aku rasa Nizar tu dah cukup baik ar..apesal pulak nak dilucutkan jawatannya tu..nampak sangat BN nak rebut negeri Perak dengan cara kotor..sekarang isu air kat selangor,BN nak jadikan kes..then Karpal Singh pulak nak saman Sultan Perak sebab nak singkirkan Nizar..aku rasa Karpal Singh ni memang dah nyanyuk kot..dia memang dah tak relevan lagi..

Hai,pening kalo nak pikirkan hal ni..sedangkan masalah ekonomi negara tak pulih jugak..harga minyak dah turun,tapi harga barang dok melambung..aku yang dok kat Shah Alam ni lagi la terasa tau..!nak makan pun kene bajet..what the hell...!!pastu sekarang ramai yang kene buang kerja dan menganggur...so shit to face all this..lepas ni ramai ar student yang akan sambung blaja sebab nak elak daripada jadi penganggur..dan aku adalah salah seorang daripada mereka..apa boleh buat..lu pikirlah sendiri...!!!!!

Selasa, 24 Februari 2009

Welcome to my Blog



Assalamualaikum...buat kali keduanya aku membuka blog ini..blog aku yang pertama telah pun aku delete...so, start from today,aku akan memulakan semula penulisan di dalam blog..sebenarnya aku baru sahaja melanggan maxis broadband..ada la dalam sebulan..huh,sebulan kena bayar sampai rm118..tambah dengan bil telefon lagi..dah rm168..erm takpe la..dah ada orang nak bayarkan..pada mulanya broadband yang aku guna ni memang macam haram..sampai aku rasa macam nak terminate je..bila dah lama2 aku guna ok plak dia..then, alang-alang dah ada broadband ni better aku luangkan masa untuk menulis blog..takkan asyik nak mengadap friendster je kan..so,kepada teman-teman aku tu jangan segan-segan nak melawat blog aku ni yea..dan jangan lupa tinggalkan komen..