Rabu, 4 Mac 2009

Gonna finish my final exam

Esok,5 mac 2009 aku akan merdeka..! best gile..lepas ni aku akan bercuti selama 4 bulan coz aku tak amik apa-apa subjek untuk short sem..so, abis je exam esok,aku terus je kemas barang..tak sabar dah nak balik Ipoh..yuhuu...rindu sangat ngan anak-anak buah..aku siap dah belikan dorang baju baru..aku kan mak cik yang baik..

Kakak aku plak dah beli keta..aritu dia siap kol aku suruh balik cepat coz nak bawak aku jalan-jalan ngan keta Myvi dia tu..hm apa lagi..aku nak ajak dia gi tengok wayang ar kan..then aku nak gi pejabat lawyer..untuk pertama kalinya aku akan berjumpa ngan lawyer BODOH, LEMBAB dan BENGAP tu..dah lebih 3 tahun kes kemalangan arwah abah aku difailkan..baru sekarang nak settlekan..memang celaka ar lawyer tu..hm yang penting aku ngan adik aku akan dapat pampasan dalam masa sebulan lagi..hehe jumlah pampasan tu boleh tahan ar..:-)

Heisyh sepatutnya aku study sekarang ni...tapi entah kenapa takde mood plak..juz hope paper esok berjalan dengan lancar..AMIN..semoga apa-apa sahaja yang berlaku dalam sem kali ini memberi banyak pengajaran..k, nak sambung study..adios...!

Selasa, 3 Mac 2009

National Pharmacy Sports Carnival


Orait, untuk entri kali ni aku nak berkongsi cerita dengan semua mengenai lakonan drama sebabak aku dan teman-teman aku..actually cerita ini agak basi untuk diceritakan..tapi aku peduli apa..nak cerita jugak..pada 31 januari 2009 yang lepas..aku, budak-budak umah, dan beberapa teman-teman lain telah menyertai karnival sukan yang sepatutnya disertai oleh budak-budak farmasi aje..tapi entah macam mane aku dan teman-teman aku ni boleh terjebak..tu yang kitorang namakan sebagai drama sebabak...

Erm karnival sukan ni telah diadakan di UITM shah alam..aku jadi wakil badminton untuk kategori single..hm malang sekali aku tak dapat main hari tu coz menang tanpa bertanding..kemudian member aku yang main untuk double ngan single tu tewas plak..so takde can aku nak main..geram jugak aku..teman-teman aku yang lain jadi wakil untuk bola jaring dan basketball..yang paling tak boleh bla kawan aku si Fatin arhh..dia jadi wakil untuk basketball..pastu menang plak..bangga aku ngan ko Fatin..hehe...hari tu aku rasa best sangat coz dapat cuba main futsal, basketball, then walaupun aku tak dapat main untuk MSU..aku belasah ar main kat court badminton tu kan..saje suka-suka..tapi yang best sekali dapat ramai kawan baru dan hari tu dapat usha mamat hensem kat UITM..tak sangka budak-budak UITM hensem-hensem..

Berita paling manis adalah bila dapat tau basketball dan tenis dapat jadi johan..so sudah termaktub la yang MSU dapat merangkul 2 emas..nanti aku akan upload gambar-gambar hari tu..sekarang blog aku ni ada masalah sket..takleh upload gambar..hm really hope next year aku dapat join lagi karnival sukan ni walaupun mase tu aku tengah praktikal..HIDUP MSU!!!

Khamis, 26 Februari 2009

Bertukar ganti


Salam..hari ni aku dapat lagi sorang housemate baru dan jugak bakal menjadi roommate aku nanti..gembira gak dapat roommate baru..nama kitorang plak sama..nak dijadikan ceritalah katekan..hm tapi sedih gak bila roommate aku yang sekarang ni nak pindah umah..dah 3 tahun aku tinggal ngan dia beb..dalam umah aku sekarang ni asyik bertukar ganti ahlinya..tak berapa lama lagi 3 orang lagi housemate aku akan pindah..erm nampknya ada lagi ahli baru akan masuk..

Actually hubungan aku ngan budak-budak umah agak rapat..jadi agak sedih bila dia orang ni nak pindah..yela, masing-masing nak bawak diri...ada yang nak gi praktikal, ada yang dah dapat keje..erm yang penting aku kena teruskan pengajian aku kat MSU..dan, nanti kalo aku nak gi praktikal, aku pun kena pindah jugak..waduh waduh..sedih tol nak meninggalkan teman-teman..donno how to descibe my feeling..

Rabu, 25 Februari 2009

Layout Baru

Adeyh..aku tension gile ni..susah betul nak tukar layout baru..nak cari
layout baru pun satu hal..dah dekat 3 jam aku cari..tapi belum ada yang
berkenan..aarrrggghhhhh........!!!!!!!!!

pergolakan politik di Malaysia

Dalam tempoh beberapa minggu ni negara kita ni agak kucar-kacir sikit..mana taknya,kecoh dengan perlantikan MB Perak yang baru..aku rasa Nizar tu dah cukup baik ar..apesal pulak nak dilucutkan jawatannya tu..nampak sangat BN nak rebut negeri Perak dengan cara kotor..sekarang isu air kat selangor,BN nak jadikan kes..then Karpal Singh pulak nak saman Sultan Perak sebab nak singkirkan Nizar..aku rasa Karpal Singh ni memang dah nyanyuk kot..dia memang dah tak relevan lagi..

Hai,pening kalo nak pikirkan hal ni..sedangkan masalah ekonomi negara tak pulih jugak..harga minyak dah turun,tapi harga barang dok melambung..aku yang dok kat Shah Alam ni lagi la terasa tau..!nak makan pun kene bajet..what the hell...!!pastu sekarang ramai yang kene buang kerja dan menganggur...so shit to face all this..lepas ni ramai ar student yang akan sambung blaja sebab nak elak daripada jadi penganggur..dan aku adalah salah seorang daripada mereka..apa boleh buat..lu pikirlah sendiri...!!!!!

Selasa, 24 Februari 2009

Welcome to my Blog



Assalamualaikum...buat kali keduanya aku membuka blog ini..blog aku yang pertama telah pun aku delete...so, start from today,aku akan memulakan semula penulisan di dalam blog..sebenarnya aku baru sahaja melanggan maxis broadband..ada la dalam sebulan..huh,sebulan kena bayar sampai rm118..tambah dengan bil telefon lagi..dah rm168..erm takpe la..dah ada orang nak bayarkan..pada mulanya broadband yang aku guna ni memang macam haram..sampai aku rasa macam nak terminate je..bila dah lama2 aku guna ok plak dia..then, alang-alang dah ada broadband ni better aku luangkan masa untuk menulis blog..takkan asyik nak mengadap friendster je kan..so,kepada teman-teman aku tu jangan segan-segan nak melawat blog aku ni yea..dan jangan lupa tinggalkan komen..